| |
i-Learn Mendapat Sambutan HEBAT di KL International Book Fair PWTC 2012!
Kunjungilah gerai Sasbadi di Dewan Tun Razak 3, PWTC untuk menikmati tawaran harga langganan i-Learn yang serendah RM100 setahun sekarang!  Gerai Sasbadi Online yang moden, selesa, dan ceria, sesuai dikunjungi sekeluarga. Datanglah untuk mencuba program i-Learn yang berkualiti tinggi dan biarkan anak-anak anda menghayati kekuatan Self Directed Learning. Skrin komputer menunjukkan modul Ganjaran, permainan online sosial motivasi i-Learn yang bertemakan Kemahiran Hidup.
 i-Learn membolehkan anda dan kawan-kawan anda untuk belajar bersama-sama secara sosial, seperti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ini. Mereka tidak penat mengunjungi gerai kami dan mencuba i-Learn walaupun banyak menjinjing beg buku!
 "Hmm... Apakah jawapan yang betul?" i-Learn merangsang minat belajar dalam pelajar-pelajar abad ke-21 kerana ia membolehkan mereka menerokai dunia ilmu dengan selamat, tidak bosan, sosial, dan efektif melalui kuasa Internet yang tidak asing kepada mereka.
 Bolehkah anda membayangkan anak-anak anda belajar dengan penuh konsentrasi seperti yang disaksikan di atas? Kami memperhatikan anak-anak dari semua umur tertarik kepada komputer-komputer yang menjalankan program i-Learn dan terus mengeklik untuk membuat latihan tanpa disuruh ibu-bapa.

Jumpailah iklan i-Learn di atas di dalam surat khabar Metro (Rabu, Sabtu) dan The Star (Isnin, Khamis, Sabtu) minggu ini dari 28 April hingga 6 Mei 2012.
Platform Pembelajaran Dinamik Online Sasbadi Dilancarkan!
Apakah i-Learn? Klik di sini untuk mengetahui bagaimana i-Learn dapat mentransformasikan pembelajaran anda melalui pedagogi 'Self Directed Learning' yang dinamik, efektif, canggih, dan menyeronokkan!

Dapatkan kad akses anda hari ini dan sertailah rakan-rakan anda dari seluruh Malaysia dalam platform pembelajaran terbaru ini!
World Robot Olympiad (WRO) 2012 Kuala Lumpur
MAJLIS PELANCARAN LAMAN SESAWANG RASMI WORLD ROBOT OLYMPIAD (WRO) KUALA LUMPUR 2012
Majlis perasmian laman sesawang rasmi World Robot Olympiad (WRO) Kuala Lumpur 2012 akan diadakan di Dataran Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Putrajaya pada 18 Januari 2012. Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin.
Laman web ini dibina khusus untuk menyalurkan maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan WRO 2012 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 hingga 12 November 2012. Malaysia menjadi tuan rumah pertandingan robotik bertaraf dunia ini buat julung-julung kalinya setelah 8 tahun pertandingan itu diadakan di beberapa buah negara. Kejohanan kali ini dijangka akan disertai kira-kira 400 pasukan dari 40 buah negara seluruh dunia.
Laman sesawang World Robot Olympiad (WRO) Kuala Lumpur 2012 yang dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini berlatarkan warna kuning, biru, dan merah sebagai melambangkan perpaduan tiga blok utama, iaitu Malaysia, jawatankuasa penganjur, dan cabaran pertandingan.
Sebagai penganjur bersama WRO, Sasbadi Sdn. Bhd. berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Sains Malaysia (MOSTI) menganjurkan Pertandingan Robotik Kebangsaan atau National Robotic Competiton (NRC) di bawah program perkongsian pintar antara pihak kerajaan dengan pihak swasta sejak tahun 2005. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja seronok dan teruja mempelajari mata pelajaran sains malah berpeluang mewakili negara dalam pertandingan WRO.
Pada WRO 2011 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, kontinjen Malaysia telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi pencapaian keseluruhan. Kontinjen Malaysia membawa pulang satu Pingat Emas, satu Pingat Perak, satu Pingat Gangsa, serta 6 Anugerah Kecemerlangan (Excellence Award). Selain itu, kontinjen Malaysia turut memenangi anugerah khas, Best Technical Award.
Kontinjen Malaysia pernah merangkul gelaran Juara Keseluruhan WRO sebanyak dua kali berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 di Pohang, Korea Selatan dan pada tahun 2010 di Manila, Filipina. Layarilah www.wro2012.org untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan WRO 2012 di Kuala Lumpur.
SIRI BUKU PEMACU PRESTASI 2012.
SASBADI ADALAH PENERBIT TUNGGAL KSPTL YANG SAH DAN DIIKTIRAF OLEH LPKPM MELALUI YGMB.
___CAHAYA NILAM KBSR / KBSR POWER READERS___
____________SIRI ADAPTASI SEJARAH____________

|
|