NewsEvents




View Our Products Catalog


World Robot Olympiad 2005

Lego Education

Maya Press




Date : 10.09.2007
Title : eleksis DILANCARKAN DENGAN RASMINYA OLEH MENTERI PELAJARAN DI EKSPO BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA (BBSN) 2007, KUALA TERENGGANU

Suatu produk kamus elektronik berasaskan ICT berjenama eleksis telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein di KualaTerengganu pada 9 September sempena Ekspo Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007.

"Pelancaran rasmi eleksis ini adalah daya usaha Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang merupakan rakan dalam perkongsian pintar dengan pihak Sasbadi Sdn. Bhd. untuk usaha promosi kamus elektronik berkenaan," kata Pengerusi YGMB, Dato' Salleh bin Mohd. Husein yang turut hadir dalam majlis tersebut. Dengan termeterainya MOU tentang perkongsian pintar ini, wujudlah situasi menang – menang yang akan dinikmati oleh kedua-dua pihak berkenaan. Pihak Sasbadi akan dapat memperluas usaha promosi eleksis kepada ahli-ahli YGMB khususnya, dan guru-guru serta pelajar-pelajar amnya. Pihak YGMB pula akan menerima sumbangan daripada pihak Sasbadi bagi setiap unit eleksis yang terjual dalam usaha menambah dana YGMB untuk kebajikan ahli-ahlinya.

Seterusnya, hasil daripada perkongsian pintar ini juga para guru dan pelajar akan dapat memperoleh eleksis pada kadar harga yang amat berpatutan, iaitu RM398 seunit berbanding dengan harga asalnya RM498 seunit. Harga tawaran ini juga adalah jauh lebih rendah berbanding dengan harga kamus elektronik lain di pasaran.

Menurut Dato' Salleh lagi, YGMB mengambil initiatif berkenaan sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan dan memperkenalkan eleksis secara lebih meluas dan berkesan kepada khalayak ramai. "Dengan adanya langkah proaktif YGMB ini dan juga pelbagai langkah lain kelak hasil daripada kerjasama dengan pihak Sasbadi, diharapkan eleksis akan lebih dikenali umum dan diberi sambutan baik oleh semua pihak. Seterusnya juga diharapkan hasrat YGMB untuk menambah dana YGMB bagi kebajikan ahli-ahlinya melalui penjualan eleksis akan tercapai, " tambah beliau lagi.

eleksis merupakan suatu produk kamus elektronik dengan ciri multi fungsi yang berprestasi tinggi berasaskan ICT. Kamus elektronik yang comel tetapi kompak ini sangat berguna bukan saja kepada para pelajar dan tenaga pengajar tetapi juga kepada seluruh anggota masyarakat untuk kegunaan sehari-hari dalam pelbagai urusan. Selain bermuat Kamus Dewan dan Kamus Dwibahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, eleksis turut mengandungi Glossary for Science dan Glossary for Mathematics yang dapat membantu usaha Kementerian Pelajaran dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Science dan Mathematics dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Glosari ini bermuat semua istilah dan kata kunci yang terdapat dalam buku teks Sains dan Matematik KBSR dan KBSM dalam bahasa Inggeris. Semua istilah dan kata kunci ini bukan saja diberi huraian maknanya berserta bahan grafik, malah sebutannya yang tepat turut dapat didengar melalui fungsi audio eleksis. Tidak syak lagi, kandungan semantap ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan juga para guru.

eleksis turut mempunyai keunikan yang tersendiri hasil daripada pelbagai fungsi istimewa serta kandungan lain yang disediakan. Antara pelbagai fungsi istimewa itu termasuklah fungsi organizer, sebutan tepat, penyemakan ejaan, penukaran mata wang, sepuluh slot memori yang dapat diprasetkan untuk mana-mana stesen radio FM yang diminati, dan sebagainya. Begitu juga dengan kandungannya yang lain, iaitu rujukan tatabahasa, rujukan kata topik, rujukan fonetik, contoh perbualan mudah bahasa Inggeris, latihan kosa kata, dan latihan tatabahasa yang dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa penggunanya.

Para pengunjung ke Ekspo Bulan Bahasa dan Sastera Negara di Kuala Terengganu yang berlangsung dari 4 hingga 9 September ini berpeluang menyaksikan demonstrasi dan juga persembahan klip video tentang penggunaan serta ciri multi fungsi eleksis.

 
 
Web Design & CMS Software by CNTSBMalaysia Software Solutions, Malaysia CMS, Malaysia Content Management System, Malaysia Web Design, Malaysia Web Hosting, Malaysia System Integration, Commerce Network Technology, CNT Solution Sdn Bhd, http://www.cntsb.com
HomeNews & EventsJob OpportunityContact Information
 
Home