NewsEvents




View Our Products Catalog


World Robot Olympiad 2005

Lego Education

Maya Press




Date : 08.12.2007
Title : PENCAPAIAN PASUKAN MALAYSIA DALAM KEJOHANAN WORLD ROBOT OLYMPIAD (WRO) 2007 DI TAIPEI, TAIWAN PADA 16 HINGGA 18 NOVEMBER 2007

Dalam WRO 2007, kontinjen Malaysia diwakili oleh 15 pasukan, iaitu 12 pasukan bagi kategori biasa dan 3 pasukan bagi kategori terbuka. Sebagai makluman, kesemua pasukan tersebut telah membuat persiapan awal serta menjalani latihan pusat secara intensif bersama dengan para jurulatih bertauliah dari Sasbadi Sdn. Bhd. di ibu pejabat Sasbadi Sdn Bhd., Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam WRO 2007, beberapa kejayaan yang membanggakan telah dicapai oleh anggota kontinjen Malaysia, iaitu;

(a)        Kategori Terbuka Sekolah Menengah Atas

Pingat Emas: SM Teknik Sejingkat, Kuching, Sarawak

(b)               Kategori Terbuka Sekolah Rendah

Pingat Perak: SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor

(c)                Kategori Terbuka Sekolah Rendah

Award of Best Popularity: SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor

(d)               Kategori Biasa Sekolah Rendah

Excellent Winners Award:

- SK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan

- SK Ayer Keroh & SJKC Keh Seng, Melaka (RIMUP)

- SJKC Khai Mun Pagi, Bentong, Pahang

- SJKC Kampung Baru Tampin, Negeri Sembilan

- SJKC Yuk Chai, Petaling Jaya, Selangor

(e)                Kategori Biasa Sekolah Menengah Rendah

Excellent Winners Award:

- SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur

- SMJK Chung Ling, Ayer Itam, Pulau Pinang

(f)                Kategori Biasa Sekolah Menengah Atas

Excellent Winners Award:

- SMK Tun Hussein Onn, Kluang, Johor

- SMK Kampung Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan

- SM Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Dalam kejohanan bertaraf dunia bagi acara yang melibatkan pengetahuan sains, teknologi, dan robotik seperti ini, pencapaian pasukan Malaysia boleh dibanggakan. Dengan penyertaan 170 pasukan dari 18 negara dalam Kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2007 di Taipei ini, kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 15 pasukan berjaya membawa pulang Pingat Emas, Pingat Perak, anugerah Award of Best Popularity, dan 10 anugerah Excellent Winners Award.

Sebagai penganjur NRC 2007 dan penganjur pasukan Malaysia ke WRO 2007 ini, kami berpendapat bahawa anggota kontinjen negara telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan serta membanggakan. Pencapaian kontinjen Malaysia dalam WRO meningkat tahun demi tahun dan sekali gus memberikan persaingan sengit kepada pasukan lawan dalam acara-acara yang dipertandingkan. Kami berasa bangga kerana turut berpeluang untuk sedikit banyak menyumbangkan usaha dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti, dan inovasi negara demi melahirkan modal insan yang memiliki "Minda Kelas Pertama".

Kami akan terus membantu meningkatkan prestasi pasukan negara pada masa akan datang dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Pencapaian cemerlang di WRO 2007 membuktikan  bahawa para pelajar kita dapat dibentuk dan dibimbing menjadi modal insan yang menyerlah di arena antarabangsa jika diberi sokongan, bimbingan, dan mekanisme yang sewajarnya. Justeru, program robotik di sekolah merupakan landasan yang tepat dan sangat sesuai diperluas ke seluruh  negara agar hasrat kerajaan untuk membina modal insan dengan "Minda Kelas Pertama", yang kreatif dan inovatif, serta mantap pengetahuan sains dan teknologi dapat dijelmakan secara komprehensif.

 
 
Web Design & CMS Software by CNTSBMalaysia Software Solutions, Malaysia CMS, Malaysia Content Management System, Malaysia Web Design, Malaysia Web Hosting, Malaysia System Integration, Commerce Network Technology, CNT Solution Sdn Bhd, http://www.cntsb.com
HomeNews & EventsJob OpportunityContact Information
 
Home