NewsEvents




View Our Products Catalog


World Robot Olympiad 2005

Lego Education

Maya Press




Date : 22.11.2008
Title : PENERAPAN PANDUAN MENGAPLIKASIKAN PETA MINDA SEBAGAI ALAT BANTU BELAJAR

Setiap Masalah Ada Penyelesaiannya

Peta Minda sebagai Alat Bantu Belajar

Untuk lulus dalam peperiksaan dengan CEMERLANG, bukan sedikit usaha yang perlu anda lakukan. Anda perlu rajin membaca. Anda perlu teliti membuat ulang kaji. Anda perlu banyak membuat latihan. Semuanya ini perlu anda lakukan secara berulang-ulang dengan berterusan.

Ketika membaca dan mengulang kaji, banyak topik daripada pelbagai mata pelajaran yang perlu anda liputi. Setiap fakta penting dan formula yang anda tempuhi perlu anda ingat. Begitu juga, anda perlu mengingat mana-mana contoh yang relevan. Yang tidak harus anda lupakan juga ialah pelbagai bahan grafik berlabel, misalnya gambar rajah, peta, jadual, dan yang seumpamanya.

Maka tidaklah aneh jika anda merasakan bahawa sekian banyak fakta yang cuba anda ingat itu seolah-olah berkecamuk dan berserabut. Otak anda berasa terbeban dan fikiran anda menjadi kusut. Lantas, timbullah pula pelbagai MASALAH seperti yang ditunjukkan tadi.

KINI, anda tidak perlu lagi berasa terbelenggu oleh masalah-masalah tersebut  semasa mengulang kaji pelajaran. Anda tidak perlu lagi menganggap mengulang kaji pelajaran sebagai perkara yang sulit dan membosankan. Biarkan saja otak anda BEKERJA  SENANG-SENANG dan TENANG-TENANG. Caranya? Dapatkan NEXUS VISTA segera; kerana di dalamnya kami terapkan cara yang kreatif dan menyeronokkan untuk mengulang kaji pelajaran. Ya, peta mindalah yang kami maksudkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.        Jika anda mengulang kaji pelajaran dengan hanya membaca teks, anda lebih banyak menggunakan bahagian kiri otak anda.

2.        Tentulah hal ini membebankan.  

3.        Dengan menyediakan peta minda, anda akan turut melibatkan bahagian kanan otak dalam proses pembelajaran.

4.        Tentulah hal ini lebih menyeronokkan serta dapat meningkatkan daya ingatan dan pemahaman anda.

5.        Peta minda adalah suatu kaedah membuat dan mengingat nota yang berkesan; menenangkan fikiran dan memperkukuh ingatan.   Dalam masa yang sama, fakta yang anda ingat itu dapat anda huraikan semula dengan lancar.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaedah membuat nota jenis peta minda menitikberatkan lakaran, bahan grafik, dan kata kunci.   Nota dalam bentuk teks, baris demi baris itu diolah semula dalam bentuk lakaran yang bercabang-cabang.  Cabang-cabang itu berpunca dari satu titik.   Titik itulah yang menjadi isi utama sesuatu topik.

Cabang-cabang itu  pula menghubungkaitkannya dengan isi-isi atau fakta-fakta lain yang mempunyai kaitan dengan topik tersebut. Lazimnya, hanya kata kunci yang digunakan.   Selain itu, simbol, warna, bentuk, dan lakaran benda yang sesuai digunakan juga.    Dengan  membina peta minda ini dengan tenang, sabar, dan ceria, anda akan dapat mengingat fakta yang diterap dengan lebih mudah.

Peta Minda dalam NEXUS VISTA

Amalkanlah kaedah Peta Minda dan perolehlah manfaatnya. Pastinya kaedah ini dapat membantu anda:

      1.        mengingat sesuatu fakta dengan lebih baik

2.        memperkukuh daya ingatan

3.        memahami sesuatu dengan lebih mudah

4.        bersenang-senang dan bertenang semasa mengulang kaji pelajaran

5.        memperoleh keputusan yang cemerlang

 
 
Web Design & CMS Software by CNTSBMalaysia Software Solutions, Malaysia CMS, Malaysia Content Management System, Malaysia Web Design, Malaysia Web Hosting, Malaysia System Integration, Commerce Network Technology, CNT Solution Sdn Bhd, http://www.cntsb.com
HomeNews & EventsJob OpportunityContact Information
 
Home