NewsEvents




View Our Products Catalog


World Robot Olympiad 2005

Lego Education

Maya Press




Date : 29.04.2009
Title : SASBADI Memenangi Anugerah Booth Terbaik

Booth Sasbadi di PBAKL 2009 kali ini begitu unik, iaitu berkonsep rumah tradisional Melayu.  Cetusan idea untuk reka bentuk booth Sasbadi ini lahir daripada hasrat untuk menghargai sokongan dan sambutan hangat yang diberikan terhadap program Bazar Baca. Untuk makluman, program Bazar Baca ialah suatu program komuniti inisiatif Sasbadi yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan pada saban hujung minggu di kota, bandar, dan pekan kecil di seluruh negara.

Daripada pelbagai jenis rumah tradisional Melayu yang diteliti, reka bentuk Rumah Limas Perak terpilih. Memang bukan seluruhnya reka bentuk Rumah Limas Perak itu yang diikut. Yang cuba diterapkan sebaik mungkin di booth Sasbadi ialah reka bentuk bumbung Rumah Limas Perak tersebut, termasuk bahan binaannya yang terbuat daripada nipah. Malah sesuai dengan kelaziman rumah tradisional Melayu, bahagian-bahagian tertentu di booth Sasbadi turut dipagari jeriji kayu.  Dan silingnya diperindah pula dengan langit-langit daripada kain berwarna hijau dan putih, warna korporat Sasbadi.

Kepada ratusan ribu pengunjung PBAKL 2009 tempoh hari, pasti mereka tidak terlepas pandang terhadap booth Sasbadi dengan reka bentuk rumah tradisional Melayunya yang unik itu. Nah, kreativiti karyawan Sasbadi bukan saja tertumpu pada penerbitan buku-buku akademik yang berkualiti, malah tertumpah pada  reka bentuk booth Sasbadi itu!

Kepada para pemilih atau juri yang menghakimi dan memilih booth Sasbadi untuk memenangi Anugerah Booth Terbaik (Kategori Swasta) di PBAKL 2009, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan. Tidak lupa juga kepada para pengunjung PBAKL 2009 yang menyerbu booth Sasbadi dan membeli pelbagai terbitan Sasbadi, kami mengucapkan terima kasih daun keladi, semoga di PBAKL 2010 kita berjumpa lagi!

 
 
Web Design & CMS Software by CNTSBMalaysia Software Solutions, Malaysia CMS, Malaysia Content Management System, Malaysia Web Design, Malaysia Web Hosting, Malaysia System Integration, Commerce Network Technology, CNT Solution Sdn Bhd, http://www.cntsb.com
HomeNews & EventsJob OpportunityContact Information
 
Home